My Best Test Friends =)

29 January 2011

Teringin sgt nak 2 barang ni =)

JENG JENG JENG.................






Hehehe..semenjak tahun lepas aku mengidamkan kamera DSLR..tp thun lepas aku memiliki aset lain..wlupun aku x berapa comey utk bergambar tp xtau lah kenape aku teringin sgt nak kamera ni.aku berminat sgt, harap2 tahun ni klu ade rezeki aku nak memiliki kamera ni.aku try lah utk berusaha, insyaallah bile kite berusaha kite akan dpt ape yg diinginkan cume kalau tetiba ade halangan yg lebih penting terpaksa lah diketepikan dulu keinginan yg kurang penting ini. =)

Kamera tu yg tahun lepas punye idaman.thun ni plak aku nak HP baru..dah hampir 3 thun aku x tukar2 tel aku rase mcm dah tibe je mase utk tukar hahahaha lgpun hp aku pun dah mule tunjuk tanda utk rosak.hahaha
tp aku teringin nak hp Blackberry plak.hahah tgk org ramai sgt gune bb ni.mcm best!! nak berFB n update blog pun blh wlupun aku ni jarang skali update.hehehe
harap2 tahun ni aku blh lah mengecapi impian aku utk memiliki kedua-duanye.ade mase 10 bulan lg dr skrg.thun depan maybe dah ade brg lain lak nak.hehehehe



korang seme doa2 kan aku smoga aku dpt brg2 ni k.


CHAIYOK-CHAIYOK YATI!!!!!

25 January 2011

Thanks for Year 2011

Memulakan pagi ini dgn senyuman ........ =)




Syukur Alhamdulillah seperti bulan2 lalu arini 26hb adalah tarikh gaji SKS huhuhu..
disebabkan ni bulan pertama tahun 2011 telah diadakan meeting sekejap saje td utk mendengar ucapan dr BIG BOSS n bg surat increment utk thun 2011 kps seme pekerja SKS & KESB..huhuhu (mcm perhimpunan sekolah pun ade,cume meeting ni sthun skali perhimpunan smgu skali)huhuhu.HAPPY SGT + SEDIH


Wlupun aku skrg xtau kat mane kedudukan aku yg sebenar dgn perasaan sedih aku kerja r jugak.aku ni ibarat BOLA yg ditendang ke hulu n ke hilir.selagi aku mampu aku akan turuti tp kdg2 rase mcm tensen pun ade mcm dipermainkan jer.dijadikan mcm org suruhan jer.knape aku?? rasenye dah 2 kali kene mcm ni.mule2 "SINI" lepas tu kene campak ke "SANA" pastu blik kene campak ke "SINI" pulak + keje yg kat "SANA" skali.kdg2 pening ade tersalah ckp pastu kene handle keje dr jauh.nak kene jalan ke "SANA" pulak.knpa aku je yg kene??org lain aku tgk aman jer buat keje duk je kat opis sampai ptg dgn keje masing2.aku ni plak ade hari2 tertentu nak pegi "SANA" kdg2 aku jd mlas n fedup.biarkan ajer..mls lah nak ulang alik tgh2 panasnye.semenye aku sorg je yg rase.aku tau ade jgk2 staff2 lain ulang alik tp dia xpe lah laki aku ni pompuan lain tau..

dah ler x larat nak create sbb sedih bile bercerita pasal situasi keje skrg.
ape2 pun selagi aku mampu aku akan terus tersenyum pabila perlu..bila aku dah x tahan aku pasti akan meninggalkan seme ini.

23 January 2011

Celcom kasi Free Nokia 2220?? =)

Mgu lepas aku dikejutkan dengan msg Celcom yg bgtau aku telah memenangi HP Nokia 2220.hahaha terkejut gak aku tp dlm terkejut tu pun aku lynkan jugak lah ape yg dimintak.yelah kan kdg2 takut jugak sbb byk dah kes penipuan skrg ni.tp bg aku selagi dia x mntk no akaun slagi tu aku blh kasi lah ape yg dia nak.huhuhu tp ade kesilapan pulak taip msg tu...=(
lepas ni suh bg name, no ic n last skali dia mntk mailing address (yg ni kesilapan tlh berlaku) dlm excited+takut aku terbagi email add (terserlah kebodohan sedikit kan kat situ) huhuhuhu
tp ape2 pun dpt dicover blk sbb aku kol celcom centre n pura2 r tye pasal ade ke promotion yg bg ke HP nokia ke pelanggan n diaorg ckp mmg ade so aku pun terus r menceritakan hal sebenar dgn pnjg lebarnye.huhuhuhuh
n last skali customer service tu mntk aku pegi celcom centre utk kasi alamat lah nak antar HP.
ari sabtu bru ni aku dgn semangatnye pegi ke celcom centre utk kasi alamat nasib baik skjp je x sampai 10 minit pun n dia ckp dlm mase 4 mgu aku akan terima lah tel tu.huhuhu
wlupun tel biase2 je tp aku tetap happy sape nak bg weh HP free.huhuhuh




ni ehsan fromm google jenis HP Nokia 2220...aku pun 1st time tgk.wakakakaka

Mari lah same2 tgu 4 mgu lg..adakah HP ini akan sampai ke tangan aku.huhuhuhu

Sekian...huhuhuhu

03 January 2011

Faizal Yusuf Meninggal. (Al-Fatihah)

Agak terkejut apabila masuk keje pagi td n bukak FB dpt berita ttg kematian Faizal Yusuf..(bekas suami Nana@Siti Nordiana)turut merasa sedih kehilangan Arwah. Takziah buat Isteri Arwah n Nana..Semoga roh Arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Aminnn.....




KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

“Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.

Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad. sumber dr Mstar