My Best Test Friends =)

15 April 2011

Sertai GA my BFF


Aku nak try join GA ni..hehehe


1st time my BFF Norhayati aka OYAT anjurkan GA if bernasib baik blh menang kan.hehehe

Kebetulan pulak arini BOS2 besar & kecik x berape nak lekat kat opis jd blh lah ambik peluang yg ade lah kan.hehehe


Ok

Syarat2 utk GA ni

1. Letakkan banner diatas di sidebar kanan, kiri, bawah, atau atas blog anda.Oh! link kanyer ke blog saya.

Dah letak dah.. :)))))))


2. Menjadi followers kepada OYAT CERITERA - wajib!

Start kamu menjadi blogger sy dah follow... hari2 sy bukak blog kamu. :)


3. Menjawab Soalan ini.......berapa pasang kasut saya beli di Festival Shoes Baru-baru ini?

3 PASANG kesemuanye

1. Paula Moda (dgr2 citer nak pakai raya tahun ni) hikhikhik

2. Bill Keith Zianna Black (sy suke yg ni cantik!!! klu same size kan best blh pinjam.hehehe)

3. Windy (klu baik motor besar mmg ngan pakai kasut ni tp rasenye nouvo ijau pun blh)hukhukhuk

* Detail beb aku kasi.. :)
Tinggalkan link anda di bawah entry saya ini. Hadiah yang disediakan adalah RAHSIA!

Komfirm lah akan tinggalkan sbb sy nak menang..hikhik TOP 3 pun xpe.



Pemenang akan dipilih base on random yaaa

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 29 APRIL 2011. Jam 12.00 Malam


* p/s to oyat

--SEMOGA SAYA MENANG..hahahaha--

07 April 2011

Bahaya!!

AWAS TELUR TIRUAN

SM Mohamed Idris - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP... bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya. Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar. Cara mengenal telur tiruan:Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam. SM Mohamed Idris, Presiden CAP



Bahaya betul skrg kan.jd kite kene lah berhati lepas ni utk membeli telur di pasar raya.uwaa...aku rase lebih baik beli telur yg ade "tet" pada kulit telur tu lg selamat.hehehehe


Pilih dulu sebelum membeli.. :)