My Best Test Friends =)

07 April 2011

Bahaya!!

AWAS TELUR TIRUAN

SM Mohamed Idris - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP... bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya. Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar. Cara mengenal telur tiruan:Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam. SM Mohamed Idris, Presiden CAP



Bahaya betul skrg kan.jd kite kene lah berhati lepas ni utk membeli telur di pasar raya.uwaa...aku rase lebih baik beli telur yg ade "tet" pada kulit telur tu lg selamat.hehehehe


Pilih dulu sebelum membeli.. :)

20 March 2011

Hari ni dah ade Followers ke 100.. Yeay!!

yeay..arini bersamaan 21/3 blog aku bru aje mencecah followers ke 100.happy sgt!!

seronok tgk blog2 lain followers ramai sgt mencecah ribuan tp aku ni nak mencecah ratusan pun susah mgkn sbb citer x menarik kot lgpun aku pun lembab giler nak berupdate blog slagi mood mls ni x hilang.sory tau mgkn satu hari nnt aku akan rajin berblogging ni.

Thanks to Mr Relevan kerana telah menjadi followers sy yg ke 100...




18 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.. NAK TENGOK!!!

Dalam minggu ni setiap kali bace blog2 kwn2 yg lain ramai yg tgh hangat menceritakan filem yg tgh ditayangkan sekarang HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA... ramai yg ckp citer ni best sgt berbintang2 dpt dr blogger dan keinginan aku utk tgk citer ni smakin kuat.


uwaaa...nak tgk jugak tp xde geng r nak tgk kat Shah Alam ni.lgpun klu tgk kat sini mcm x best r x rase keseronokan. yg bestnye kat kg jgk..lambatnye lah aku nak blk kg, nak tgk ngan bdk2 kat sane, lebih2 lg bru2 ni aku ade dpt tiket wayang free dr RHB Bank. 4 keping lg tuh. hadiah dr RHB krane menjawab beberapa soalan.hehehehe
alhamdulillah tuah kot awal thun ni. dpt hadiah dr RHB & CELCOM.

Xsabarnye nak blk kg.klu lah aku blh mempercepatkan masa ni smpai awal bln 4 kan best xpyh lah duk menghitung hari nak blk..hehehe




SYABAS kpd 3 beradik ni sbb sudah berjaya menghasilkan FILEM CGI yg bertaraf antarabangsa. WELL DONE & GOOD JOB!!

Opismate Wedding

Weekend baru2 ni aku n adik pegi ke Teluk Intan utk meraikan perkahwinan opismate aku.perjalanan dr Shah Alam ke Teluk Intan ambik mase dlm 3 jam jer.aku sbnrnye xtau pun jalan ke sane nasib baik lah ade bantuan dr GPS Garmin abg ipar aku so sgt memudahkan aku utk ke mane2.xtau sgt ape yg nak diceritakan tp ape2 pun sekalung tahniah aku ucapkan utk kak ASMIDA & psgannya abg AZMI..semoga masjid yg dibina ini akan kekal selama2nya.aminnn.............





Petang bace nikah..ngam2 aku baru smpai ke Teluk Intan


Malam Berinai.. (upacaranya lain skit dr yg sblm2 ni yg aku penah hadiri)


Hari Persandingan ASMIDA & AZMI
(skrg hanya tgl aku ngan adik je bujang di opis..huhuhu)

15 March 2011

Dapat Sudah HandPhone percuma ku

hiii uolls.....


lame betul x berupdate...


first skali aku sgt happy arini sbb HP free from Celcom sudah sampai ke Opis.ingtkan xdpt dah sbb dah lebih beberapa mgu.tp ape2 pun happy sgt pasni blh lah tel mak aku selalu sbb aku nak hadiahkan hp ni kepada mak tersayang wlupun hp ni xseberapa & free lak tu.hehehehe :).
x sabar nak blk kg, nak kasi mak hp ni.pasni mak kene r belajar pakai hp senang aku n anak2 yg lain nak tel bertanya khabar.


hehehehe...luar kotak wane pink tp hp kat dlmnye wane itam.

Ape2 pun wlupun x berapa nak percaya dgn msg aritu akhirnye terbukti msg itu tdk menipu.

Anyway THANKS CELCOM!!